Iblis Dasim??
Terdapat pelbagai golongan iblis dengan pelbagai nama dan tugasan. Secara amnya,semua iblis bertujuan untuk menghancurkan manusia dengan menyesatkan dan menjauhkan mereka daripada Allah. Dan antara iblis-iblis yang wujud ialah Iblis Dasim.
Iblis Dasim ditugaskan untuk menghancurkan rumah tangga yang dibina murni. Ini kerana perkahwinan adalah jalan baik yang dihalalkan Allah buat semua insan membina kasih sayang, memenuhi fitrah manusia dan meramaikan keturunan. Maka ikatan suci inilah yang ingin dikotorkan oleh Iblis Dasim.
Iblis Dasim seringkali membisikkan kata-kata dan hasutan jahat yang mencetuskan pergaduhan dan perlakuan sumbang dalam rumah tangga. Dialah yang membakar api kemarahan sehingga berlaku pertengkaran dan penderaan. Dialah yang membisik cemburu dan prasangka jahat agar sentiasa meragui kejujuran pasangan. Dialah yang mengipas nafsu sehingga curang dan berzina. Dialah menghasut anak-anak berbuat jahat kepada ibubapa. Dialah mengapi-apikan amarah anak-anak sehingga ditengking ibu dan ayah, dan melarikan diri dari rumah.
Oleh itu, peliharalah rumah tangga daripada diceroboh oleh Iblis Dasim. Di dalam rumah anda, selalulah:
1) Memberi salam ketika masuk rumah
2) Membaca Al Quran dalam rumah
3) Bersolat
4) Berzikir
5) Azan dalam rumah
6) Mengucapkan Isti’azah (‘Aau’zubillah himinasyaitan nirrajim)
Jika rumah anda kekurangan perkara-perkara di atas, pintu terbuka luas utuk Iblis Dasim menjenguk keluarga anda. Rumah yang tiada di dalamnya agama, itulah “port” bertenggek Iblis Dasim. Dia adalah tetamu yang tak diundang. Halanglah dia daripada masuk ke rumah anda kerana dia membawa 1001 bala bencana kepada kerukunan rumah tangga anda. Sinari rumah anda dengan amalan Islam, Insyaallah, terpeliharalah keluarga dalam rahmat Allah dan jauh daripada segala kejahatan.
Selamat berbahagia yawww!!.
Sumber : warkahsiber.blogspot
No comments:
Post a Comment